
Majistret Oon Kork Chern membenarkan suspek berusia 42 tahun itu dibebaskan setelah tempoh tahanan remannya selama empat hari berakhir hari ini.
Suspek dan adik perempuannya berusia 39 tahun ditahan reman bagi membantu siasatan kes itu, namun adiknya dibebaskan pada Selasa lepas dengan jaminan SPRM.
Mereka ditahan di sebuah depoh simpanan diesel di Sungai Bidut semasa operasi Op Liter yang dijalankan oleh SPRM serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Hidup (KPDN),
Turut ditahan, seorang pembantu penguat kuasa serta pengarah sebuah agensi penguat kuasa, yang juga telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16(b)(B) dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Akta Kawalan Bekalan 1961.