
Kejadian dipercayai berlaku apabila pemuda berusia 20 tahun itu merajuk akibat dimarahi sebelum masuk ke kawasan hutan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Alor Gajah, Mohamad Hamizan Mohd Husin, berkata pihaknya menggerakkan lapan anggota bersama sebuah jentera untuk membantu mencari mangsa.
Katanya, pihaknya bergerak ke lokasi sebaik menerima panggilan pada 9.06 malam.
“Mangsa ditemukan ketakutan di kawasan curam di hutan berkenaan selepas lebih setengah jam pencarian dilakukan.
“Mangsa dibawa keluar dari hutan berkenaan dan dihantar pulang,” katanya, menurut Berita Harian.
Menurutnya, mangsa disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan.