
Pengakuan Gabriel Yoshua, 66, yang juga orang kurang upaya (OKU) kerana kecacatan kaki direkodkan di hadapan Majistret Siti Nora Sharif.
Dia didakwa menipu K Suppan sehingga mendorongnya menyerahkan bayaran dalam bentuk dua cek berjumlah RM110,417.25 dan RM220,834.50 dengan menawarkan pajakan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.
Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah firma guaman di Greentown Square, Jalan Datuk Seri Ahmad Said, Ipoh, pada 10 pagi, 14 April 2022, lapor Bernama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun dan sebatan serta denda.
Mahkamah membenarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Okt bagi sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aqilah Syaza Ariffin, manakala peguam Nahtan Krishnan mewakili tertuduh.