Saya bawa pistol ke mana sahaja, kata Abdullah Sani

Saya bawa pistol ke mana sahaja, kata Abdullah Sani

Bekas Ahli Parlimen Kapar berkata selaku pemegang lesen senjata api, tidak boleh meninggalkannya di sembarangan tempat.

ABDULLAH SANI
Tangkap layar video tular menunjukan objek menyerupai pistol terselit di pinggang Abddulah Sani ketika sidang media di Stadium Cheras.
PETALING JAYA:
Bekas Ahli Parlimen PKR Abdullah Sani Abdul Hamid mempertahankan tindakannya membawa pistol ketika mengadakan sidang media di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, dua hari lalu.

Beliau yang juga pemangku presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) menegaskan, penting baginya selaku pemegang dan pemilik lesen senjata api sejak 2012, memastikan ia sentiasa ‘berada dalam jagaan’.

“Senjata tersebut tidak boleh ditinggal di sembarangan tempat. Jadi bukan hanya stadium, saya bawa ke mana sahaja saya pergi,” katanya di X.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video memaparkan objek menyerupai pistol terselit di pinggang Abddulah Sani ketika menghadiri sidang media itu.

Beliau adalah bekas Ahli Parlimen Kuala Langat selama dua penggal (2008-2018) dan juga bekas Ahli Parlimen Kapar selama sepenggal (2018-2022).

Abdullah Sani gagal mempertahankan kerusi itu pada PRU 2022 apabila tewas kepada calon PAS Dr Halimah Ali dengan 11,872 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.