Seludup warga asing guna ‘kaunter khas’, lelaki Myanmar didakwa esok

Seludup warga asing guna ‘kaunter khas’, lelaki Myanmar didakwa esok

Warga Myanmar yang menjadi ejen sindiket itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam, esok.

kaunter khas sprm
Antara suspek termasuk penguat kuasa yang direman kerana dipercayai terbabit sindiket membawa masuk warga asing tanpa mengikut pemeriksaan sepatutnya. (Gambar SPRM)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki warga Myanmar yang menjadi ejen sindiket membawa masuk kumpulan warga asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 tanpa melalui pemeriksaan sepatutnya akan didakwa esok.

Sumber berkata, suspek yang turut berperanan membayar wang rasuah kepada penguat kuasa akan didakwa di Mahkamah Shah Alam.

Menurutnya, suspek terbabit antara 12 individu termasuk lima penguat kuasa sebuah agensi penguatkuasaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Op Pump di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Pulau Pinang, 20 Ogos lalu.

“Susulan tangkapan itu, lelaki warga Myanmar itu yang berperanan sebagai ejen dengan menguruskan kemasukan kumpulan warga asing dan membayar wang rasuah kepada penguat kuasa menerusi modus operandi ‘counter setting’ telah direman selama lima hari pada 21 hingga 25 Ogos,” katanya.

Sindiket itu dipercayai bersekongkol dengan penguat kuasa di pintu masuk udara negara yang menerima rasuah antara RM500 hingga RM2,500.

Menerusi laluan ‘kaunter khas’ diatur itu, kumpulan warga asing menggunakan khidmat sindiket berkenaan akan masuk dengan mudah tanpa perlu melalui pemeriksaan mengikut prosedur ditetapkan berdasarkan Pekeliling Imigresen Bilangan 4 Tahun 2021

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki sebelum ini mengesahkan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 16 6 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.