Pemandu maut dirempuh ketika tunggu bantuan

Pemandu maut dirempuh ketika tunggu bantuan

Mangsa sebelum itu keluar dari keretanya selepas terbabas sebelum dilanggar kereta lain di KM258.1 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) dekat Seremban, awal pagi hari ini.

Maut dirempuh
Keadaan kereta terbabit dalam kemalangan di KM 258.1 Lebuhraya Utara- Selatan, dekat Seremban, awal pagi tadi. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Seorang pemandu maut dirempuh sebuah kenderaan selepas keluar dari keretanya ketika terbabit dalam kemalangan di KM258.1 Lebuhraya Utara- Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 5.45 pagi itu menyebabkan mangsa yang memandu Perodua Myvi disahkan maut di tempat kejadian akibat cedera parah pada badan dan kaki.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata kejadian berlaku ketika kereta dipandu mangsa dari Cyberjaya ke Batu Pahat itu terbabas dan melanggar besi penghadang kiri bahu jalan.

Menurutnya, mangsa berusia 31 tahun turun dari kenderaannya sebelum dirempuh sebuah sebuah kereta jenis Proton Persona yang dipercayai terbabas dan berpusing masuk ke lorong kiri.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di perut dan kaki sebelum disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Persona berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat kir.

Katanya, orang ramai juga dinasihatkan lebih berhati-hati ketika memandu terutama pada waktu gelap dan cuaca yang tidak baik bagi mengelakkan sebarang kecelakaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.