
“Patut dah bawa lebih awal lagi. Ini dah lama. Dah 40,000 orang dibunuh oleh Israel,” katanya ketika ditemui selepas program ‘Bicara Merdeka, Masa Depan Islam dan Melayu’ di Yayasan Kepimpinan Perdana yang turut menampilkan Presiden PAS Hadi Awang.
Ini dah lama. Dah 40,000 orang dah dibunuh oleh Israel,” katanya ketika ditemui selepas program ‘Bicara Merdeka, Masa Depan Islam dan Melayu’ di Yayasan Kepimpinan Perdana yang turut menampilkan Presiden PAS Hadi Awang.

Beliau juga menegaskan bahawa orang Islam perlu menolong saudara seagama.
“Bila mereka menghadapi masalah, kita perlu tolong setakat yang kita mampu,” katanya.
Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan seramai 41 rakyat Palestin yang memerlukan rawatan, tiba di Malaysia bersama waris masing-masing di sebalik serangan rejim Tel Aviv ke atas Gaza.
Menteri Pertahanan Mohamed Khaled Nordin berkata tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini.