
Pengerusi BN itu berkata muhasabah itu perlu dilakukan bagi membaiki kelemahan, termasuk mencari jalan mendekati anak muda.
“Selama 62 tahun BN jadi tunjang belakang kepada kerajaan di negara ini namun kita tak sempurna… tidak bersifat maksum,” katanya pada sidang media selepas menutup tirai Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dalam pada itu, Zahid yang juga presiden Umno berkata partinya perlu melakukan perubahan dalam menjuarai teknologi baru.
Ini bagi mendekati dan menyantuni pengundi terutama dalam kalangan orang muda.
“Dengan melakukan pendekatan baharu, yang selama ini mungkin terlepas pandang, boleh digunakan untuk dekati kumpulan ini,” katanya.