
PETALING JAYA: Seramai 170 mangsa banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) akibat kepala air dan empangan pecah di Slim Village dan Ulu Slim setakat 1 pagi tadi.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam, Shahrizal Hussin berkata PPS pertama dibuka di Masjid Jamek Kampung Pasir yang menempatkan 119 mangsa daripada 29 keluarga.
“PPS kedua di Masjid Jamek Slim Village pula menempatkan 51 mangsa membabitkan 12 keluarga terdiri daripada penduduk Kampung Slim Village,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, jambatan di Kampung Pasir dan Jambatan Slim Village dekat Balai Polis Slim Village runtuh menyebabkan penduduk yang mahu ke Slim River mahu pun Tanjung Malim terputus hubungan.
Menurutnya, keseluruhan mangsa dipindahkan setakat ini seramai 170 orang membabitkan 41 keluarga.