
Mayat pelajar perempuan Alsma Jithil, 14, ditemui terapung kira-kira 100m dari tempat kejadian oleh penduduk kampung pada 6.38 pagi tadi.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii, berkata mayat mangsa kemudian diambil anggota Sarawak Coast Guard yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).
“Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi SAR ditamatkan selepas semua tiga mangsa ditemui,” katanya menurut Harian Metro.
Mayat mangsa pertama yang juga pelajar lelaki Vilkie Wilson, 15, ditemui 11.58 pagi semalam, disusuli mayat mangsa kedua Helena Fasha Petrus, 16, pada 5.30 petang semalam.
Dalam kejadian 6.10 pagi Selasa lalu, perahu tambang dinaiki 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung, termasuk pengemudi karam ketika hujan lebat dan arus sungai deras.