
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menemui mayat pelajar lelaki Vilkie Wilson, 15, pada 11.58 pagi tadi.
Beliau berkata, pencarian diteruskan untuk mengesan dua lagi pelajar perempuan hilang, iaitu Alsma Jithil, 14, dan Helena Fasha Petrus, 17.
“Mayat mangsa (Vilkie) ditemui terapung pada jarak kira-kira 10m dari pusat kawalan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam kejadian 6.10 pagi semalam, 15 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Senibong, seorang pelajar SMK Lundu dan empat penduduk kampung, termasuk pengemudi menaiki perahu tambang itu.
Operasi SAR yang diaktifkan pagi semalam turut disertai penyelam dari Pasukan Penyelamat Di Air Balai Bomba Batu Lintang serta dibantu seekor anjing pengesan.
Polis, Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Angkatan Pertahanan Awam serta penduduk kampung turut terbabit operasi SAR itu.