Suami direman 7 hari dalam kes bunuh 2 beranak

Suami direman 7 hari dalam kes bunuh 2 beranak

Polis berkata, seorang lelaki warga asing ditahan di Masjid Bukit Pinang semalam susulan penemuan dua mayat dalam longkang belakang sebuah bangunan terbiar.

Gavel
Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali mengeluarkan perintah reman sehingga Isnin depan terhadap warga asing itu dalam prosiding di Mahkamah Majistret Alor Setar. (Gambar Pexels)
PETALING JAYA:
Seorang warga asing direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anak perempuannya.

Sinar Harian melaporkan perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dalam prosiding di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Terdahulu, Ketua Polis Kota Setar, Siti Nor Salawati Saad dilaporkan berkata, seorang lelaki warga asing ditahan di Masjid Bukit Pinang pada 9 malam Isnin susulan penemuan dua mayat dalam longkang belakang sebuah bangunan terbiar dekat Pekan Simpang Kuala di Alor Setar.

Katanya, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun dan seorang wanita berusia 34 tahun oleh orang awam pada 5.04 petang semalam.

Beliau berkata, kedua-dua mayat warga asing lengkap berpakaian itu ditemui tertiarap dan terlentang berdekatan satu sama lain dengan kesan kelar pada leher.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.