

Dr Amir Yunus, ahli virologi dari Universiti Sains Malaysia, berkata mpox lebih stabil daripada koronavirus dan tidak terdedah kepada mutasi pantas sama seperti Covid-19 yang meragut banyak nyawa.
“Mpox dalam kategori sama dengan cacar, secara genetik, yang menjadikannya kurang berkemungkinan untuk bermutasi kepada bentuk lebih berbahaya. Ia tidak akan seteruk Covid-19 atau wabak pernafasan lain,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, mpox merebak melalui sentuhan langsung, bukannya udara, yang secara semula jadi mengehadkan penularannya.
Langkah pencegahan
Dr Kumitaa Theva Das, ahli virologi dari Institut Perubatan Molekul USM, berkata antara cara untuk mencegah cacar ialah mengamalkan kebersihan baik.

“Virus ini merebak melalui sentuhan, termasuk sentuhan kulit ke kulit dan bahan tercemar, justeru menjaga kebersihan adalah penting.”
Katanya, seseorang boleh terkena cacar dengan duduk di kerusi individu dijangkiti baru-baru ini dan virus itu boleh “berada di tempat duduk” dan individu terbabit boleh dijangkiti, jika mereka secara tidak sedar menyentuh mata, hidung atau mulut kemudian.
Beliau berkata, virus itu juga boleh memasuki saluran darah, jika individu itu mempunyai luka, selain boleh merebak melalui hubungan seksual, yang membawa risiko tinggi jangkitan.
Vaksin cacar boleh membantu
Kumitaa berkata, vaksin mpox kekal sebagai pertahanan kuat jika diberikan dalam tempoh empat hari selepas dijangkiti.
Menurutnya, individu lahir sebelum 1980 mempunyai sedikit perlindungan terhadap cacar kerana mereka menerima vaksinasi untuk cacar. Tahun itu adalah mpox yang dikenali sebagai cacar monyet ketika itu, diisytiharkan sudah dihapuskan dan tiada vaksinasi lanjut diberikan kemudian.
“Mpox muncul semula kerana imuniti merosot selepas vaksinasi cacar dihentikan pada 1980. Peningkatan kontak antara manusia dan haiwan, perjalanan global dan urbanisasi membantu virus itu merebak.”
Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat mendapati individu yang menerima vaksin cacar 85% lebih baik dilindungi daripada penyakit cacar.
Katanya, virus itu mempunyai tempoh inkubasi dari satu hingga 21 hari dan pengasingan segera diperlukan apabila gejala seperti demam, sakit otot dan ciri-ciri lesi kulit yang besar seperti bisul muncul.