7 suspek kes samun bersenjata diburu

7 suspek kes samun bersenjata diburu

Seorang lelaki cedera di kepala serta tangan dipercayai diserang menggunakan kayu dan parang.

Shahrulnizam Ja’afar
Polis memburu tujuh individu berhubung kejadian samun bersenjata. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Polis giat mengesan tujuh suspek berhubung kejadian samun bersenjata berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun cedera di kepala serta tangan dipercayai diserang menggunakan kayu dan parang, dalam kejadian 4.30 pagi.

“Mangsa mendakwa sedang berehat berdekatan sebuah stesen minyak di lebuh raya berkenaan sebelum disamun. Duit serta rantai leher mangsa dicuri dan nilai kerugian dianggarkan RM15,000.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada orang lain ketika kejadian dan kenderaan dinaiki semua suspek juga masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.