Rizwadi doakan Azmawi galas amanah pengundi dengan baik

Rizwadi doakan Azmawi galas amanah pengundi dengan baik

Calon PAS itu juga berterima kasih kepada semua pengundi di Nenggiri yang keluar mengundi pada PRK itu.

Calon PAS Rizwadi Ismail (kanan) juga mendoakan urusan Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai wakil rakyat baharu DUN Nenggiri dipermudahkan.
PETALING JAYA:
Calon PAS Rizwadi Ismail mendoakan Azmawi Fikri Abdul Ghani yang memenangi PRK Nenggiri semalam dapat menjalankan tugas sebagai wakil rakyat kawasan itu dengan baik.

Rizwadi dalam satu hantaran di Facebook turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Nenggiri yang keluar mengundi pada PRK itu.

“Jutaan terima kasih kepada jentera Perikatan Nasional dari seluruh pelusuk tanah air yang datang membantu dan berkempen di DUN Nenggiri. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.

“Kepada sahabat saya Azmawi Fikri dapat menggalas tugas yang diamanahkan oleh rakyat dengan baik. Semoga Allah permudahkan urusan,” katanya.

Semalam, Azmawi yang juga ketua Pemuda Umno Kelantan, menang pada PRK Nenggiri dengan majoriti besar 3,352 undi.

Beliau yang mewakili Barisan Nasional memperoleh 9,091 undi dan menewaskan Rizwadi yang meraih 5,739 undi.

PRK Nenggiri diadakan susulan penyandang terdahulu, Mohd Azizi Abu Naim, kehilangan kerusi itu setelah digugurkan keahlian oleh Bersatu kerana menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Pada PRN Kelantan Ogos lalu, Perikatan Nasional menang kawasan Nenggiri dengan 810 undi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.