
Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, memaklumkan BN mendahului 15 daripada 20 pusat daerah mengundi.
Selepas 37 daripara 47 saluran mengundi, BN mendapat 6,911 undi manakala PAS, 4,109.
“Terima kasih Nenggiri kembali undi BN,” katanya.
Mengikut pecahan kaum komposisi pengundi Melayu adalah 17,636, Cina (36), India (lapan), dan 2,843 bagi kategori kaum lain termasuk Orang Asli.
Pada PRN Kelantan Ogos tahun lalu, BN menang tujuh daripada 20 pusat mengundi antaranya lima kawasan Orang Asli – Tohoi, Pos Simpor, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias, Sungai Asap, dan Meranto.
PAS pula menang di 13 pusat mengundi Jerek, Bertam Baru,Pasir Tumboh, Ladang SEDC, Jeram Tekoh, Renok, Kuala Sungai, Bertam Lama, Star, Perasu, Serian, Kesedar Limau Kasturi, dan Limau Kasturi.