
Mayat remaja lelaki tu ditemukan pada 7.35 malam selepas lebih sejam operasi mencari dan menyelamat dilancarkan.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kempas, Mohd Yazid Abdul Rahman, berkata pasukan bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 6 petang semalam.
Beliau berkata, pihaknya menggerakkan seramai sembilan anggota bomba ke lokasi kejadian.
“Setibanya pasukan di tempat kejadian, didapati seorang mangsa lemas di dalam sebuah tasik.
“Mangsa ditemukan 7.35 malam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini, menurut Harian Metro.
Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
“Operasi ditamatkan pada 8.10 malam,” katanya.