
Menurut Asyraf di media sosial, ini berdasarkan kiraan di enam pusat mengundi yang ditutup awal pada 2 petang dan 3 petang tadi, iaitu di Tohoi, Sungai Puian; Sungai Jenera; Kuala Sungai; Simpor; dan Wias.
Katanya, di Tohoi, BN mendahului dengan majoriti 302 undi; Sungai Puian dengan majoriti 300 undi; Sungai Jenera majoriti 352 undi; manakala Kuala Sungai majoriti 49 undi.
Sementara itu, di Pos Simpor, BN mendahului dengan majoriti 307 undi dan di Wias, 260 undi, tambahnya.
Majoriti pengundi di Tohoi, Sungai Puian dan Sungai Jenera terdiri daripada masyarakat Orang Asli.
Seramai 20,216 pengundi di Nenggiri menunaikan tanggungjawab hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu.
Terdahulu, sebanyak 20 pusat mengundi dibuka serentak pada 8 pagi. Daripada jumlah itu, 14 pusat mengundi dibuka hingga 6 petang, manakala selebihnya ditutup lebih awal.