Muhyiddin sangkal isu nasional tak akan pengaruhi pengundi

Muhyiddin sangkal isu nasional tak akan pengaruhi pengundi

Rakyat yang ditemui kata tentang kos sara hidup dan kesan penyelasaran subsidi diesel, menurut pengerusi PN.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin ketika berkempen di Sungai Terah sempena PRK Nenggiri.
GUA MUSANG:
Muhyiddin Yassin sangkal pandangan pengerusi Barisan Nasional yang yakin isu nasional termasuk kenaikan harga barang dan diesel tidak akan pengaruhi pengundi Nenggiri.

Menurut pengerusi Perikatan Nasional itu, rakyat yang ditemui memperkatakan tentang kos sara hidup termasuk hal harga barang, serta kesan penyelarasan subsidi diesel.

“Saya duduk sini beberapa hari secara langsung rakyat mengatakan keresahan, kesulitan berhubung dengan masalah kehidupan mereka,” kata pengerusi PN itu apabila ditemui ketika berkempen di Sungai Terah.

Semalam, Zahid Hamidi menyuarakan keyakinan bahawa isu nasional yang dimainkan PN ‘tidak melekat’ dalam pemikiran pengundi Nenggiri.

Beliau sebaliknya menarik perhatian kepada isu negeri yang menurut beliau belum selesai, seperti pembalakan dan masalah air.

Justeru, Zahid percaya rakyat Nenggiri akan dapat menilai kemampuan calon dan pentadbiran negeri.

Rakyat Nenggiri akan memilih wakil rakyat mereka esok, dalam pertembungan satu lawan satu antara BN dan PAS.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.