
Ini membuktikan bahawa pemberhentian pekerja bukan sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan kos seperti yang dilaporkan, tambahnya.
“Kami tidak melawat Intel semasa lawatan saya ke AS baru-baru ini dan ia tidak dimaklumkan mengenai sebarang rancangan pemberhentian pekerja,” katanya.
“Kerajaan negeri tidak tahu bagaimana ia akan memberi kesan kepada Pulau Pinang tetapi mereka sedang memperluas perniagaan mereka di sini sekarang. Justeru, dijangkakan Intel akan mengambil pekerja dan bukannya memberhentikan pekerja.”
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian antara IJM Perennial Development dan Maxis Broadband Sdn Bhd, GlobalComm Telecommunications Sdn Bhd, Hyatt International – Asia Pacific dan Galaxy Minyoun Hotel di The Light City hari ini.
Awal bulan ini, media asing melaporkan Intel mengumumkan rancangan untuk mengurangkan lebih 15% tenaga kerjanya bawah pelan penstrukturan semula.
Dilaporkan juga, syarikat yang berpangkalan di California itu akan menghapuskan kira-kira 15,000 pekerjaan sebagai sebahagian daripada usaha mengurangkan kos sebanyak USD10 bilion pada 2025.
Intel melaporkan hasil sebanyak USD12.8 bilion pada suku kedua tahun kewangan 2024, susut 1% daripada setahun lepas dan mencatatkan kerugian bersih USD1.6 bilion.
Mengenai lawatan rasmi ke AS baru-baru ini, Chow berkata, Pulau Pinang menerima pengesahan daripada pelabur sedia ada bahawa mereka mempunyai rancangan untuk terus mengembangkan operasi.
“Majoriti syarikat yang kami lawati terdiri daripada pelabur sedia ada yang memikirkan rancangan pengembangan,” katanya.
Beliau berkata, misi yang diketuainya bersama-sama dengan delegasi InvestPenang memfokuskan pada membaharui dan mengukuhkan hubungan dengan pelabur AS di Pulau Pinang.
Misi dari 4 hingga 14 Ogos lepas melibatkan 22 mesyuarat strategik rasmi dan lawatan tapak untuk menggalakkan pengembangan operasi di Pulau Pinang serta menarik pelaburan baharu.
Delegasi melawat MKS Instruments, Brooks Instrument; Lattice Semiconductor; AMD; Synopsys; Efinix; Agilent; Coherent; SambaNova; Western Digital; Centific; Monolithic Power Systems (MPS); Dexcom; Cohu; UST; TTM Technologies; Mattel serta bakal pelabur.