Ustaz Don akur tauliah mengajar ditarik, akan buat rayuan, kata pengurus

Ustaz Don akur tauliah mengajar ditarik, akan buat rayuan, kata pengurus

Majlis Agama Islam Selangor memberi masa sehingga 20 Ogos ini untuk pendakwa popular itu membuat rayuan.

Don Daniyal Don Biyajid
Tauliah ceramah dan mengajar pendakwah popular Don Daniyal Don Biyajid sepatutnya tamat pada 30 Jun tahun depan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pendakwah popular Don Daniyal Don Biyajid akur dengan keputusan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) yang menarik balik tauliah mengajar di negeri itu, kata pengurusnya.

Pengurus Don Daniyal dikenali sebagai Ana berkata, pendakwah itu akan memuat rayuan terhadap keputusan tersebut.

“Seperti biasa, Ustaz (Don) akur dengan setiap keputusan. InsyaAllah (akan buat rayuan). Doakan yang baik-baik,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas sama ada Don Daniyal atau lebih dikenali Ustaz Don akan membuat rayuan selepas diberi masa sehingga 20 Ogos ini untuk berbuat demikian oleh Mais.

Semalam, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Mohd Shahzihan Ahmad mengesahkan surat penarikan untuk Don Daniyal telah dikeluarkan setiausaha jawatankuasa tauliah Mais pada 31 Jul lalu.

Mengikut surat ditularkan sebelum ini yang disahkan Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Mohammad Fahmi Ngah, tauliah mengajar Don Daniyal ditarik balik bersama empat individu lain.

Susulan itu semua masjid dan surau di Selangor diminta tidak mengundang mereka.

Jun lalu, Jais mengarahkan penangguhan ceramah atau mengajar Don Daniyal di negeri itu susulan isu pengajaran agama Islam daripada beliau yang disyaki membawa kepada pelanggaran beberapa ketetapan dalam Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008.

Tindakan itu selaras titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menekankan kepada semua pemegang tauliah supaya memberi kefahaman Islam yang tepat berdasarkan sumber sahih mengikut disiplin ilmu Islam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.