Ismail Sabri mula kajian PhD berkait cabaran depani Covid-19

Ismail Sabri mula kajian PhD berkait cabaran depani Covid-19

Ismail Sabri Yaakob bentang kajian Model Polisi Mendepani Pandemik Ancaman Keselamatan Kesihatan: Kajian Kes Covid-19 di Malaysia (2020-2022) di Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.

Ismail Sabri Yaakob bersama ahli panel selepas membentangkan kajian Model Polisi Mendepani Pandemik Ancaman Keselamatan Kesihatan: Kajian Kes Covid-19 di Malaysia (2020-2022) di Universiti Utara Malaysia (UUM) semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob akan memulakan kajian pengajiannya bagi peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Ahli Parlimen Bera itu berkata panel di Ghazali Shafie Graduate School of Government (GSGSG) telah meluluskan cadangan tesis kajian yang bertajuk Model Polisi Mendepani Pandemik Ancaman Keselamatan Kesihatan: Kajian Kes Covid-19 di Malaysia (2020-2022).

“Alhamdulillah setelah selesai pembentangan dan komen dari ahli panel, saya mendapat berita yang menggembirakan iaitu saya lulus.

“Terima kasih penyelia dan pengurusan UUM yang banyak membantu,” katanya.

Sementara itu, UUM memaklumkan sesi mempertahankan tesis kajian itu dipengerusikan Timbalan Dekan GSGSG Kamarul Azman Khamis manakala pemeriksanya terdiri Nazariah Osman dan Mohammad Fajar Ikhsan.

Dekan GSGSG Rusdi Omar, Jessica Ong Hai Liaw dan Che Mohd Aziz Yaacob menjadi penyelia kepada Ismail.

Februari lalu, Ismail memaklumkan kembali bergelar mahasiswa apabila menyambung pengajian di UUM, dengan berkongsi kad pelajarnya kepada umum.

Ismail, 64, adalah graduan jurusan undang-undang di Universiti Malaya kemudian menjadi peguam pada 1985 sebelum menceburi arena politik.

Beliau dilantik perdana menteri kesembilan dari Ogos 2021 hingga November 2022, ketika pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.