Budak 2 tahun maut, 6 lagi parah nahas di Sabah

Budak 2 tahun maut, 6 lagi parah nahas di Sabah

Mohd Rizq Aryan Abdullah, 2, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas Proton X50 dinaikinya bertembung Toyota Hilux di Jalan Sandakan-Lahad Datu.

garisan kuning
Ketua Polis Kinabatangan D Ravi berkata nahas berlaku apabila Toyota Hilux dari arah Sandakan menuju Lahad Datu tidak sempat mengelak selepas Proton X50 dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluannya.
PETALING JAYA:
Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala enam lagi parah dalam nahas di Jalan Paris 1, Jalan Sandakan-Lahad Datu di Kinabatangan tengah malam tadi.

Dalam kemalangan kira-kira 12.30 tengah malam itu, Mohd Rizq Aryan Abdullah, 2, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50 dinaikinya bertembung pacuan empat roda Toyota Hilux.

Ketua Polis Kinabatangan, D Ravi berkata Toyota Hilux dari arah Sandakan menuju Lahad Datu cuba mengelak apabila Proton X50 dari arah bertentangan tiba-tiba memasuki laluannya.

“Namun, disebabkan jarak terlalu dekat menyebabkan berlaku pertembungan.

“Akibat kejadian itu, seorang kanak-kanak mengalami kecederaan di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian selepas disahkan pasukan perubatan,” katanya menurut Sinar Harian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, menurut laporan, terdapat enam mangsa tersepit dalam Proton X50 akibat pertembungan dengan pacuan empat roda itu.

Katanya, enam mangsa parah dalam nahas itu dikenali sebagai Mohd Juazri Jufri, Jamdeh Jalehani, 56, Aliskan Basara, 57, bersama dua anaknya Roziana, 35, dan Ranizah, 22, manakala identiti seorang lagi lelaki tidak diketahui.

Beliau berkata, empat anggota dikejarkan ke lokasi nahas sejauh 54km dari BBP Kota Kinabatangan selepas panggilan diterima pada 12.38 tengah malam tadi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.