Suspek serang 2 wanita dengan pisau rambo direman 7 hari

Suspek serang 2 wanita dengan pisau rambo direman 7 hari

Permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nur Natasya Mohtarudin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

handcuff
Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun ditahan 1.30 pagi tadi di sebuah rumah di Kajang bagi membantu siasatan berhubung kejadian tikam di sebuah surau di Kelana Jaya pada Jumaat lepas. (Gambar Picxel)
KUALA LUMPUR:
Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas surau di Kelana Jaya Jumaat lepas direman tujuh hari.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata, permohonan reman itu dibenarkan oleh Majistret Nur Natasya Mohtarudin pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, iaitu cubaan membunuh.

“Turut direman, rakan suspek berusia 55 tahun yang merupakan tuan rumah lokasi suspek ditahan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Shahrulnizam memaklumkan lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditahan 1.30 pagi tadi di sebuah rumah di Kajang.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun cedera di kepala dan perut, manakala seorang guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.

Kedua-dua mereka menerima rawatan di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.