Lelaki disyaki tikam 2 wanita di tandas surau ditangkap

Lelaki disyaki tikam 2 wanita di tandas surau ditangkap

Polis berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditangkap ketika bersembunyi di rumah kenalannya di Kajang.

SHAHRULNIZAM JA'AFAR
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek di Mahkamah Petaling Jaya. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Suspek lelaki yang menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lalu berjaya ditahan di Kajang, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar berkata lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditangkap pada jam 1.30 pagi tadi ketika bersembunyi di rumah kenalannya di kawasan berkenaan.

“Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.

Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.