Larangan terbit komik ‘Superman’ Hew dibatal

Larangan terbit komik ‘Superman’ Hew dibatal

Menteri dalam negeri menandatangani pembatalan larangan itu pada 6 Ogos.

hew kuan yau
Komik karya Hew Kuan Yau diharamkan oleh KDN ada Oktober 2019, atas kekhuatiran kandungannya boleh memudaratkan ketenteraman awam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan perintah larangan yang dikenakan ke atas komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, karya bekas ahli DAP Hew Kuan Yau.

Menurut warta kerajaan persekutuan bertarikh 12 Ogos, pembatalan itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos mengikut Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pembatalan larangan itu terpakai bagi penerbitan komik itu dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Komik itu pada mulanya diharamkan oleh KDN ada Oktober 2019 kerana kandungannya dikhuatiri boleh memudaratkan ketenteraman awam.

belt road comic
Komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ didakwa mengangkat imej China dan Inisiatif Jalur dan Jalannya, sementara menggambarkan dunia Barat menerusi lensa negatif. (Gambar Facebook)

Komik itu didakwa mengangkat imej China dan Inisiatif Jalur dan Jalannya, sementara menggambarkan dunia Barat menerusi lensa negatif.

Pada 6 Julai 2022, Hew berjaya merayu larangan tersebut. Kerajaan persekutuan ketika itu cuba mengembalikan semula larangan itu, tetapi Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mendapatkan kebenaran pada 8 Dis 2022.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.