
Di Selangor, seorang lelaki berusia 72 tahun membuat laporan terhadap sebuah firma berpangkalan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos, mendakwa dia gagal memindahkan RM140,000 daripada penjualan plot tanah di Batu Pahat, sejak Jun.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Ramli Yoosuf, berkata mangsa melantik firma tersebut pada November tahun lalu, bagi menguruskan urusan penjualan tanah.
“Bulan lalu, firma berkenaan menghantar cek kepada pengadu sebanyak dua kali, namun kedua-duanya ditolak oleh bank,” katanya pada sidang media.
Dalam pada itu, lelaki berusia 51 tahun di Johor membuat laporan terhadap satu firma guaman di Johor pada 6 Ogos, mendakwa firma itu pecah amanah wang miliknya berjumlah RM833,473.75.
Ramli berkata, pengadu yang juga perunding hartanah melantik firma berkenaan sebagai pemegang taruh dalam rundingan hartanah dan menguruskan bayaran perkhidmatan bagi pihaknya.
Pada 2017, pengadu tersebut disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dituduh di mahkamah. Dana miliknya juga dibekukan.
Pada Mei lalu, Mahkamah Rayuan membebaskannya daripada tuduhan rasuah dan mengarahkan perintah pembekuan dana ditarik balik.
Bagaimanapun, pada Jun, pengasas firma berkenaan didakwa mengakui kepada pengadu bahawa dana tersebut digunakan bagi membayar pinjaman perumahan untuk mengelak ia disita.
Ramli berkata, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah jenayah.