
Beliau berkata, antara ajaran sesat itu ialah Hizbut Tahrir, Ilmu Makrifat, Islam Jama’ah, Black Metal dan Syiah.
“Senarai semua fahaman terbabit dikeluarkan Pejabat Mufti Negeri Sabah.
“Pejabat mufti turut menyenaraikan empat buku, iaitu Islam Hadhari Menurut Pandangan Ustaz Haji Ashaari Muhammad, Membela Sunnah Nabawiyyah tulisan Abd Wahab Bustami, Awaluddin Makrifatullah yang ditulis Haji Muhammad Seman Al-Banjari dan buku-buku Mohd Hairi Nonchi.
“Kita juga memantau ajaran sesat Millah Abraham@Ibrahim. Pemantauan penguatkuasaan turut membabitkan polis,” katanya menurut Harian Metro selepas merasmikan Minggu Perpustakaan Peringkat Negeri di Keningau.
Arifin berkata, terdapat pengikut ajaran Millah Abraham yang didakwa di Sabah tahun lalu, tetapi mereka bukan berasal dari negeri itu.
Menurutnya, pihak berkuasa semasa ke semasa membuat pemantauan bagi memastikan gerakan itu tidak berkembang di Sabah.