PM tekad pastikan persekitaran sekolah baik

PM tekad pastikan persekitaran sekolah baik

Anwar Ibrahim mahu persekitaran sekolah terurus bagi membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Hajjah Kalsom, Kuantan, Pahang. (Gambar Facebook)
KUALA LUMPUR:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.

“Insya-Allah saya akan terus pastikan persekitaran di setiap sekolah seluruh negara sentiasa dalam keadaan baik dan terurus, sekali gus membolehkan anak-anak fokus kepada pelajaran,” katanya di Facebook.

Turut dipaparkan di Facebook gambar Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi meninjau keadaan fasiliti di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom di Kuantan, Pahang.

Perdana menteri memaklumkan Farhan melakukan tinjauan itu semasa beliau mewakilinya pada sesi ziarah kebajikan di Indera Mahkota, Kuantan, baru-baru ini.

Pada sesi tinjauan itu, Farhan juga beramah mesra dengan ibu bapa, guru dan pelajar sekolah terbabit.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.