
Timbalannya, Aiman Athirah Sabu, berkata pindaan itu agar tindakan lebih tegas dan memberi pengajaran dapat dikenakan ke atas pelaku.
“Saya bersama menteri adalah satu pasukan dan sudah tentu apa yang disebut menteri telah dibincangkan.
“Kita sedang memerhati keperluan-keperluan dari semasa ke semasa,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Projek Lampu Solar Di Parlimen Sepang.
Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, cadangan pindaan itu dikemukakan selepas mendapati masalah pembuangan sampah termasuk puntung rokok di kawasan pantai semakin menjadi-jadi seolah-olah tiada kesudahan.
Menurutnya, undang-undang sedia ada sebelum ini antaranya mengenakan kompaun sehingga RM1,000 sudah tidak memberi impak dan kesedaran kepada masyarakat.
Laporan mendedahkan, sekurang-kurangnya 5,000 puntung rokok boleh dikumpul dengan mudah di pantai dalam tempoh satu jam sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kesan sampah beracun itu kepada alam sekitar.