Sistem antidron diperluas ke semua penjara

Sistem antidron diperluas ke semua penjara

Institusi penjara berisiko telah dilengkapi sistem anti dron bagi mencegah penyeludupan.

penjara
Jabatan Penjara Malaysia jalin kerjasama dengan Mosti untuk membangunkan sistem antidron dan peralatan pemintas.
PETALING JAYA:
Sistem antidron dan peralatan pemintas sedang diperluaskan ke semua penjara, kata Jabatan Penjara Malaysia.

Katanya, ia sememangnya menyedari ancaman pencerobohan dron bagi tujuan penyeludupan artikel larangan ke dalam penjara.

“Jabatan ini sentiasa bersiap siaga dan institusi-institusi penjara berisiko termasuk Penjara Tapah telah dilengkapi dengan sistem anti dron dan peralatan pemintas bagi mencegah perkara ini,” katanya dalam kenyataan.

Sistem antidron dan peralatan pemintas ini dibangun teknologi tempatan, dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Terdahulu, polis merampas sebuah dron dipercayai digunakan untuk menyeludup dadah ke dalam Penjara Tapah, Perak.

Ketua Polis Perak, Azizi Mat Aris dilapor berkata terdapat beg dobi digantung pada dron itu yang didalamnya terdapat barang disyaki dadah.

Dron itu itu ditemukan di bumbung sebuah blok penjara ketika rondaan pagi.

Modus operandi membawa masuk dadah ke penjara menggunakan dron kali pertama dilaporkan setakat ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.