
Beliau menggantikan Mohd Zuki Ali yang tamat kontrak perkhidmatannya, Sabtu ini.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataan berkata pelantikan Shamsul Azri telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
“Shamsul Azri berkelulusan ljazah Sarjana Muda (Pentadbiran Perniagaan) dari University of Tulsa Oklahoma, Amerika Syarikat.
“Beliau juga menerima pendedahan dengan beberapa institusi antarabangsa antaranya University of Cambridge, United Kingdom dan European Institute of Business Administration (INSEAD),” menurut PMO.
Shamsul Azri,55, berpengalaman 30 tahun dalam perkhidmatan awam dan pernah bertugas di Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan juga pentadbiran kerajaan negeri.
PMO turut mengucapkan terima kasih atas segala khidmat bakti Mohd Zuki sepanjang tempoh memegang jawatan ketua setiausaha negara khususnya dalam usaha mengukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
Mohd Zuki, dilantik sebagai ketua setiausaha negara ke-15 pada 31 Disember 2019. Kontrak beliau kemudian disambung bagi tempoh dua tahun hingga 10 Ogos.