
Ketua Polis Seberang Perai Utara Anuar Abdul Rahman berkata penunggang motosikal itu ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya.
“Kami juga menyita 25 buah motosikal atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan.
Anuar berkata, kejadian berlaku pada Ahad lalu ketika operasi samseng jalanan yang dilakukan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik bersama Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti IPD Seberang Perai Utara.
Katanya, kumpulan penunggang motosikal itu bertindak melawan arus bagi mengelak ditahan pihak berkuasa.
Beliau juga memberi amaran kepada semua pengguna jalan raya supaya tidak mengambil tindakan yang membahayakan diri mereka.
Terdahulu, video berdurasi 38 saat itu yang menunjukkan sekumpulan penunggang motosikal melawan arus dimuat naik di Facebook sebelum tular di media sosial.