Lebih RM600,000 lesap, warga emas terpedaya pelaburan 90% untung

Lebih RM600,000 lesap, warga emas terpedaya pelaburan 90% untung

Polis berkata, mangsa menyedari ditipu selepas tidak dapat mengeluarkan hasil keuntungan pelaburan dan dimaklumkan akaunnya disekat.

scammers
Polis berkata, mangsa yang tertarik dengan janji keuntungan 90% daripada pelaburannya melakukan sembilan transaksi berjumlah RM655,109 ke lima akaun berbeza mulai 2 hingga 30 Julai lalu.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas kerugian RM655,109 akibat terpedaya sindiket pelaburan menjanjikan keuntungan 90% daripada modal dilaburkan.

Ketua Polis Johor Bahru Utara, Balveer Singh Mahindar Singh, berkata lelaki 73 tahun itu membuat laporan polis semalam mendakwa terjerat pelaburan diiklankan dalam aplikasi WhatsApp pada 26 Jun lalu.

Menurutnya, mangsa yang tertarik dengan mesej WhatsApp menjanjikan keuntungan 90% daripada pelaburannya melakukan sembilan transaksi berjumlah RM655,109 ke lima akaun berbeza mulai 2 hingga 30 Julai lalu.

Katanya, mangsa menyedari ditipu selepas tidak dapat mengeluarkan hasil keuntungan pelaburan dan dimaklumkan akaunnya disekat.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh disebat.

“Siasatan juga meliputi penglibatan keldai akaun. Sekiranya terdapat penglibatan keldai akaun, tindakan akan diambil terhadap pemilik akaun terlibat,” katanya menurut Sinar Harian.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.