Dipenjara 5 tahun kerana miliki senjata, berkait vandalisme di kuil

Dipenjara 5 tahun kerana miliki senjata, berkait vandalisme di kuil

Lelaki terbabit mengaku bersalah atas tuduhan memiliki senjata berbahaya tanpa kebenaran sah.

Patung dewa Hindu di sebuah kuil di Matang, Perak yang dilakumusnahkan pada Oktober tahun lepas. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan rotan, berkait vandalisme sebuah patung dewa Hindu di sebuah kuil di Matang, Perak pada Oktober tahun lepas.

Pegawai penyiasat, N Sudermani, beritahu FMT bahawa Firdaus Taufek, 24, mengaku bersalah atas tuduhan memiliki senjata berbahaya iaitu dua tukul tanpa kebenaran sah, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Nabisha Ibrahim.

Firdaus dituduh mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya. Dia menggunakan tukul itu untuk laku musnah patung berkenaan.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ng Yan Ni membuat pertuduhan manakala tertuduh diwakili seorang peguam daripada sebuah NGO.

Sebelum ini dia minta dibicarakan apabila dituduh pada Oktober tahun lepas, namun mengubah pengakuannya hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.