Mayat rentung kereta terbakar dalam parit

Mayat rentung kereta terbakar dalam parit

Bomba berkata identiti mangsa belum dapat dikenal pasti.

Bomba Perak berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai terbakar selepas terbabas dalam parit, dalam kejadian di Teluk Intan. (Gambar JBPM)
IPOH:
Satu mayat ditemukan rentung dalam sebuah kereta terbakar selepas terbabas dalam parit, di Jalan Teluk Intan, Kuala Bikam di Teluk Intan, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.35 malam berhubung insiden itu dan identiti mangsa belum dikenal pasti.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City yang terbabas ke dalam sebuah parit menyebabkan terbakar 98% serta terdapat seorang mangsa yang rentung akibat kebakaran tersebut.

“Ketua operasi mengaplikasikan konsep ‘Receo’ (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman, dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula, sumber air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Sabarodzi berkata, operasi tamat pada 12.16 tengah malam dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.