Speaker Johor serah notis DUN Mahkota kosong

Speaker Johor serah notis DUN Mahkota kosong

Kerusi DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain akibat pendarahan dalaman, Jumaat lalu.

Speaker DUN Johor Puad Zarkashi berkata pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan selanjutnya. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
DUN Johor telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekosongan DUN Mahkota susulan kematian penyandangnya Sharifah Azizah Syed Zain akibat pendarahan dalaman, Jumaat lalu.

Speaker Puad Zarkashi dalam kenyataan berkata pihaknya menyerahkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya selepas menyerahkan notis terbabit.

Sharifah Azizah yang juga ketua Wanita Umno Kluang sejak 1993 memenangi kerusi itu pada PRN Johor 2022. Sebelum itu, beliau menjadi Adun Penawar dari 2018 hingga 2022.

Sebelum ini, media melaporkan Setiausaha SPR Ikmalrudin Ishak berkata pihaknya menunggu notis itu daripada DUN Johor sebelum mengadakan mesyuarat khas untuk menentukan writ penting pilihan raya.

Mesyuarat SPR antara lain bertujuan membincangkan tarikh-tarikh penting PRK seperti hari pengundian dan daftar pemilihan akan digunakan.

PRK perlu diadakan untuk mengisi kekosongan luar jangka dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengisytiharannya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.