Kerosakan teknikal akibat ‘kebakaran kecil’, kerja baik pulih landasan LRT selesai

Kerosakan teknikal akibat ‘kebakaran kecil’, kerja baik pulih landasan LRT selesai

Jadual perjalanan telah diselaraskan dan perkhidmatan tren kini beroperasi normal, menurut Rapid KL.

lrt station stesen rail
Perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling dilaporkan mengalami kelewatan pagi tadi disebabkan kerosakan teknikal akibat kebakaran kecil pada landasan berhampiran Stesen PWTC.
PETALING JAYA:
Susulan kerosakan teknikal akibat ‘kebakaran kecil’ di landasan berhampiran Stesen LRT PWTC pagi tadi, Rapid KL memaklumkan bahawa kerja baik pulih telah selesai dijalankan.

Dengan itu, perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara turut ditamatkan, katanya dalam hantaran di media sosial petang ini.

“Jadual perjalanan telah diselaraskan dan perkhidmatan tren beroperasi normal.

“Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Rapid KL memaklumkan perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara disediakan antara Stesen Sultan Ismail dan Stesen Sentul Timur bagi kemudahan penumpang.

Awal hari ini, Rapid Rail memaklumkan, perkhidmatan LRT Laluan Ampang/Sri Petaling mengalami kelewatan disebabkan kerosakan teknikal pada landasan berhampiran Stesen PWTC yang dilaporkan berlaku pada 9.58 pagi.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kerosakan teknikal tu berpunca daripada kebakaran kecil pada salah satu komponen di landasan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.