
Beliau berkata, jika segalanya berjalan lancar RUU itu akan dibentang pada sesi pertama Dewan Rakyat tahun depan.
Katanya, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga bercadang menggubal RUU Sewaan Kediaman.
“Selain menggubal dua RUU itu, KPKT bercadang meminda empat RUU iaitu RUU Pemajuan Perumahan, RUU Perkhidmatan Bomba, RUU Kerajaan Tempatan dan RUU Perancangan Bandar dan Desa.
“Diharap semua selesai digubal dan dipinda sebelum PRU16. Sebanyak 82 sesi libat urus telah dibuat,” katanya dalam sidang media di KPKT.
Sementara itu, Nga berkata KPKT berjaya mencapai 85% pelaksanaan 10 daripada 12 inisiatif tersenarai dalam Belanjawan 2024.
Beliau berkata, antaranya adalah program penukaran lampu jalan ‘high pressure sodium vapour’ (HPSV) kepada jenis LED di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mencapai 123%.
“Inisiatif lain dicapai KPKT adalah projek pembangunan Kampung Baru Cina sebanyak 93% dan menaik taraf tandas awam PBT bertaraf bersih, menawan serta wangi sebanyak 88.2%.
“Sebanyak 100 pasar awam uzur kawasan PBT juga berjaya dinaik taraf. Jika setahun, 100 pasar awam uzur berjaya dinaik taraf, dalam lima tahun boleh capai 500 dinaik taraf,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Nga berkata KPT ingin mencadangkan kepada Jemaah Menteri untuk mewujudkan ‘bandar berkembar’ antara Shanghai dan Putrajaya tidak lama lagi.
Beliau berkata inisiatif ini adalah sempena ulang tahun ke-50 Republik Rakyat China dan Malaysia.