
Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman, berkata perlawanan Zii Jia menentang pemain ke-62 dunia dari Sepanyol Pablo Abian disiarkan secara langsung di saluran Okey pada Khamis, 8.50 malam hingga 9.30 malam.
“Terdapat perlawanan atlet Israel menentang pemain Nepal melalui saluran Olimpik 4 RTMKlik yang tidak sengaja disiarkan kurang daripada lima minit.

“Bagaimanapun, RTM telah mengambil tindakan segera menukar siaran ke acara lain iaitu acara bola baling,” katanya dalam kenyataan.
Suhaimi berkata, RTM menyiarkan secara langsung Sukan Olimpik melalui dua saluran utama iaitu TV Okey dan saluran Sukan dan enam saluran khas di RTMKlik.
Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta RTM memberikan penjelasan selepas terdapat dakwaan stesen televisyen itu tidak menyiarkan perlawanan membabitkan pemain profesional badminton perseorangan lelaki negara.