
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata perintah menggantung tugas kedua-dua anggota itu dianggap tindakan awal pihaknya sebaik kes didakwa di mahkamah.
“Mengenai aspek tatatertib, siasatan sudah dimulakan sejurus menerima laporan.
“Tindakan sewajarnya akan diambil selepas siasatan tatatertib,” katanya menurut Harian Metro.
Media sebelum ini melaporkan dua anggota polis yang bertugas di IPD Kajang ditahan susulan video tular memaparkan kejadian pemerasan warga asing.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.
Berikutan kejadian itu, kedua-dua suspek dituduh di Mahkamah Kajang pagi tadi.