
Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo, berkata serbuan dilakukan sekitar 10 malam itu susulan maklumat daripada Pasukan Polis Marin negeri berkait aktiviti penyelewengan barangan subsidi berkenaan.
Katanya, akibat daripada tindakan premis terbabit menjurus bekalan minyak masak peket terjejas di kawasan itu.
“Pemeriksaan dilakukan sepasukan penguat kuasa KPDN Johor menemui minyak masak paket 1kg dianggarkan sebanyak 2,150 peket yang dikoyak dan disyaki dimasukkan ke dalam tiga tangki ‘Intermediate Bulk Container’ (IBC).
“Kita juga menemui sebanyak 600 peket minyak masak bersaiz 1kg yang belum dipotong di dalam premis, yang semuanya dianggarkan bernilai RM21,750,” katanya menurut Berita Harian.
Katanya, seorang lelaki tempatan di premis tersebut ditahan bagi membantu siasatan.
Lilis berkata, kes berkenaan akan disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.