
Ketua Wanita Umno Batu Pahat, Haliza Abdullah, berkata beliau dimaklumkan keadaan Sharifah Azizah oleh beberapa Wanita Umno Johor, pagi tadi.
“Keadaan Sharifah Azizah kini dilaporkan kritikal akibat pendarahan dalaman.
“Saya dan beberapa ahli Wanita Umno Batu Pahat akan segera ke Hospital Kluang petang ini bagi menziarahi beliau,” katanya menurut Berita Harian.
Sharifah Azizah yang juga ketua Wanita Umno Kluang ialah bekas ketua Wanita Umno Johor.
Beliau menang kerusi DUN Mahkota dalam PRN Johor pada 2022.
Sebelum itu, Sharifah Azizah ialah Adun Penawar dari 2018 hingga 2022.
Sementara itu, Ketua Wanita Umno Pontian, Hasrunizah Hassan, berkata Sharifah Azizah pernah dimasukkan ke hospital Mac lalu bagi merawat masalah pendarahan dalaman.
“Kami jangka isu kesihatan Sharifah Azizah sudah diatasi selepas dibenarkan keluar hospital beberapa bulan lalu.
“Namun, sangat terkejut apabila pagi ini. Keadaan beliau dilaporkan kritikal. Saya mendoakan kesihatan beliau akan pulih dan sedang mendapatkan maklumat lanjut, sebelum ke Hospital Kluang untuk menziarahinya,” kata Adun Pulai Sebatang.