
Mohammad Nurul Asrul Norulfadli, 23, berkata adik tirinya, Siti Nur Khaireena Zufairi ditemui kira-kira 9 pagi semalam di Kulim, Kedah.
Katanya, beliau menerima panggilan daripada kenalan Siti Nur Khaireena yang menemui adiknya di sebuah rumah.
Menurutnya, individu itu kemudian memberikan alamat keberadaan Siti Nur Khaireena, sebelum dia dijemput keluarga.
“Adik dalam keadaan baik dan syukur dia ditemui dalam keadaan selamat,” katanya menurut Harian Metro sambil menambah adiknya dikatakan ke Kelantan dengan rakan sebelum pulang ke Kulim dengan kenalan lain.
Jumaat lalu, gadis itu dilaporkan tidak pulang ke rumah dan dipercayai mengikut kenalannya ke Kota Bharu, Kelantan.