
Ketua Pengarah Bomba, Nor Hisham Mohammad, berkata indeks jisim badan (BMI) ideal juga akan menjadi antara syarat bagi pemberian pingat perkhidmatan.
Beliau berkata, pendekatan tersebut bertujuan bagi memastikan setiap pegawai dan anggota agensi itu memiliki berat badan ideal demi memenuhi tuntutan kerja yang memerlukan kekuatan fizikal.
“Seramai 1,900 orang atau 17% daripada pegawai dan anggota bomba dikenal pasti mengalami berat badan berlebihan.
“Sebahagian mereka juga didapati menghidap penyakit tidak menjangkit seperti tekanan darah tinggi,” katanya menurut Kosmo di Kuala Nerus.
Hisham berkata, semua pegawai dan anggota bomba yang obes kini dalam perhatian pihaknya melalui program ‘Wellness Hub’ yang dilancarkan dua bulan lalu.
Beliau berkata, program ‘Wellness Hub’ yang kini dilaksanakan di 26 lokasi mula menunjukkan kesan positif.