Dr M dibenar keluar IJN

Dr M dibenar keluar IJN

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara sejak dua minggu lalu kerana batuk.

mahathir
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dirawat di Institut Jantung Negara pada 15 Julai lalu, lima hari selepas menyambut ulang tahun kelahiran ke-99. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) kerana batuk.

Seorang pembantu Mahathir, Sufi Yusoff berkata kesihatan bekas pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan ‘bercuti di rumah’, lapor Bloomberg.

Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun.

Beliau sering keluar masuk hospital sejak beberapa tahun lalu. Mahathir juga ada sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.

Kali terakhir beliau mendapatkan rawatan di IJN adalah pada Januari lalu akibat masalah jangkitan.

Beliau dibenarkan keluar dari hospital itu pada Mac.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.