2 rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah RM3.7 juta di Maldives

2 rakyat Malaysia ditahan cuba seludup dadah RM3.7 juta di Maldives

Kedua-dua suspek kini ditahan reman 5 hari oleh polis negara itu.

marijuana
Pegawai Kastam Maldives menemukan 15kg ganja di dalam bagasi seorang rakyat Malaysia yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana dari Dubai pada Sabtu. (Gambar Kastam Maldives)
NEW DELHI:
Dua warga Malaysia ditahan ketika cuba menyeludup dadah bernilai kira-kira RM3.7 juta ke Maldives.

Menurut polis Maldives, pegawai Kastam negara itu menemukan 15kg ganja di dalam bagasi seorang rakyat Malaysia berusia 44 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Velana dengan penerbangan Emirates dari Dubai pada pagi Sabtu.

Superintendan polis Mohamed Afzal berkata, bahan terlarang yang dirampas itu dianggarkan bernilai 12.3 juta rufiyaa Maldivian (RM3.7 juta) dan ujian awal mengesahkan bahan itu ialah ganja.

“Berikutan penemuan ini, Bahagian Penguatkuasaan Dadah kami memulakan operasi penghantaran terkawal. Operasi ini membawa kepada penahanan seorang lagi suspek, seorang lelaki warga Malaysia berusia 41 tahun, pada malam 28 Julai,” menurut polis Maldives dalam kenyataan.

Kedua-dua suspek kini ditahan reman selama lima hari.

“Siasatan kami sedang berjalan, dan kami bekerjasama rapat dengan rakan penguatkuasa undang-undang antarabangsa untuk mengumpul maklumat tambahan,” kata ketua inspektor Ahmed Waheed.

Siasatan menunjukkan kemungkinan suspek mempunyai kaitan dengan individu dari empat negara yang merupakan sebahagian daripada rangkaian pengedaran dadah antarabangsa.

Rampasan ganja itu adalah yang terbesar di Maldives tahun ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.