
Ketua Polis Ipoh, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata pihaknya hanya menerima pemakluman mengenai himpunan itu melalui penganjurnya Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0 Rabu lalu.
“Oleh yang demikian polis menasihatkan orang ramai tidak menyertai himpunan ini kerana merupakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
“Tindakan tegas akan diambil ke atas pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan kerana ia tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah seperti ditetapkan bawah Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya dalam kenyataan.
Pada 29 Jun lalu, media melaporkan kira-kira 150 peserta berbaju hitam berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi mengemukakan lapan tuntutan terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Penganjur ‘Demo Rakyat Lawan Anwar’ dilaporkan turut bersedia mengadakan perhimpunan pusingan kedua di Parlimen Tambun jika Anwar tidak bertindak ke atas lapan tuntutan dikemukakan itu.
Semalam, pengerusi sekretariat itu Tun Faisal Ismail Aziz dilapor berkata pihaknya akan mengadakan ceramah umum hari ini dan keesokannya berhimpunan di depan pusat khidmat Anwar.