Pindah duit untuk ‘siasatan’, pesara rugi RM735,000

Pindah duit untuk ‘siasatan’, pesara rugi RM735,000

Wanita berusia 67 tahun pindah wang ke 10 akaun berbeza konon bagi tujuan siasatan.

Scammer-Hacker
Mangsa terperdaya susulan suspek menyamar polis memaklumkan dia terlibat kes pengubahan wang.
PETALING JAYA:
Pesara kerajaan kerugian RM735,000 selepas terpedaya sindiket ‘phone scam’.

Ketua Polis Tangkak, Roslan Mohd Talib, berkata wanita berusia 67 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai polis dan menyatakan konon dia terlibat kes pengubahan wang.

Beliau berkata, warga emas itu kemudian diminta memindahkan wang daripada akaun miliknya ke 10 akaun berbeza diberikan suspek, konon bagi tujuan siasatan.

“Bagaimanapun wanita itu menyedari ditipu selepas memindahkan wangnya dan membuat laporan polis semalam,” katanya menurut Bernama.

Roslan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.