
Tetapi, ia menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas berwaspada.
“Sekiranya mana-mana rakyat Malaysia memerlukan bantuan konsular atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Kathmandu [email protected],” kata Wisma Putra dalam kenyataan.
Terdahulu, AFP melaporkan jet Bombardier CRJ 200 yang membawa dua anak kapal dan 17 kakitangan Saurya Airlines untuk penerbangan ujian, terhempas ketika berlepas di Kathmandu pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Katanya, juruterbang yang terselamat sedang dirawat, manakala 18 yang lain maut, termasuk seorang warga asing.
Pesawat yang dijadualkan terbang di laluan udara paling sibuk di Nepal antara Kathmandu dan Pokhara itu terbakar selepas terbabas di landasan.